15 October 2018

FITNAH SI KHATIB



Dari Hudzaifah Al Yaman Rahimahullah; "Sesungguhnya fitnah itu akan dikuatkan dengan tiga hal. dengan seorang ilmuan yang menguasai pelbagai disiplin ilmu, dimana orang yang menentangnya pasti akan dihalangi dengan pedang, dengan khatib yang selalu menyeru kepada fitnah itu, dan dengan seorang tokoh pemimpin. Adapun seorang yang cerdas dan khatib, keduanya boleh terkenal kerana kemuliaan dan arahan-arahannya, manakala seorang tokoh pemimpin, maka fitnah itu menjadi ujian baginya. (Dengan bekalan ilmu yang ada padanya mungkin dia akan sedar ketika awal fitnah itu muncul, atau mungkin di pertengahan atau di akhirnya, namun boleh juga dia terseret, hingga dia sesat dan menyesatkan orang-orang di sekelilingnya.)*



Penjelasan Atsar

Di dalam atsar ini terdapat peringatan kepada para khatib yang menggunakan khutbahnya untuk menyalakan api fitnah, atau menyeru kepadanya, di antara mereka adalah para khatib dari kelompok-kelompok tertentu, yang mana mereka-mereka ini mengembar-gemburkan agar kita menentang pemerintah, atau memprovokasi para pemuda Islam dengan membicarakan isu-isu pemerintahan dan politik, bukannya mengarahkan mereka kepada ilmu dan memberikan motivasi kepada mereka untuk itu. Kerana yang lebih utama adalah dalam memahamkan manusia agar mereka faham dengan agama mereka, memperingatkan mereka dari syirik dan bid'ah yang bertebaran pada umat ini. Wallahualam.

*Oleh Ahmad di dalam az-Zuhud (2/136 - cetakan an-Nahdhah), Ibnu Abi Syaibah dalam Mushnaf (15/17-18- Cetakan al-Hind), atau (7/450/37124 - cetakan al-Ilmiyyah), Nu'aim bin Hammad dalam al-Fitan (No.352), Abu Nu'aim daam Hilayatul Auliya (1/274), dan Abu Amr ad-Dani di dalam sunan al-Waridah fil fitan (no.28)

Dari jalan al-'A'masy, dari Zaid bin Wahab, dari Hudzaifah dengan berikutnya.




___________________________
~ Abu Taqiyuddin ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

SEJARAH SIFAT 20 ALLAH SWT

Sejarah Sifat 20 Allah SWT

Sifat 20 hanya muncul pada kurun ke 9 H atau 15M oleh seorang tokoh mazhab Asya'ariyah Magribi iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Umar bin Su'aib As Sanusi Al Maliki Al Hasani At Tilmisani, yang lebih dikenal sebagai As Sanusi.

Beliau lahir sekitar tahun 832H dan wafat tahun 895H (1489 M). Bermakna Sifat 20 hanya muncul paling awal adalah pada pertengahan kurun ke 9H.

Kitab ini dialih ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1757 oleh Syeikh Muhammad Zain bin Jalaluddin buat kali pertama.

Dikhabarkan Sifat 20 ini ditulis untuk pertama kalinya dalam kitab Umm Al Barahin. Kitab ini juga dikenal sebagai Aqidah Ahli At Tauhid, Aqidah Sugra', Zat Al Barahin dan juga As Sanusiyah As Sugra'. Kemudia beliau juga menulis huraian kepada kitab ini dalam Syarh Umm Al Barahin.

Imam Al Asya'ari hanya menetapkan 7 sifat pada kurun ke 4 H lalu ia mengambil masa selama lima kurun untuk berkembang dan matang menjadi 20 sifat dalam Mazhab Al Asya'ariyah.

Pendek kata, para ulama Asya'ariyah dan penganut mazhab ini sebelum tertulisnya kitab Umm Al Barahin, tidak mempelajari dan mengetahui akan Sifat 20.



___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


KERAJAAN ROME: FASA-FASA PERJALANAN SEJARAH ROME: KERAJAAN REPUBLIK DAN EMPAYAR

Berbeza dengan perluasan kuasa empayar-empayar dunia yang lain seperti empayar Parsi dan empayar Greek ciptaan Alexander The Great, perluasan kuasa Rome berlaku bukan di atas dasar merebut kuasa atau harta kekayaan atau menunjukkan yang mereka mempunyai kehebatan ketenteraan. Atau sekurang-kurangnya semua itu bukanlah matlamat utama mereka.

Sebaliknya kerana dalam sejarahnya, Rome telah menghadapi satu siri konflik yang panjang dan rumit dengan musuh-musuh dari luar yang melihat kemajuan kota tersebut sebagai ancaman, lalu memaksa Rome untuk bertindak menawan daerah-derah yang didiami oleh mereka. Bermulanya konflik-konflik yang serius ini ketika era Republik Rome, sewaktu Rome mengamalkan satu sistem pentadbiran unik yang dinamakan 'Republik'. Era ini menyaksikan saat-saat getir ketika mana Kota Rome itu sendiri telah diserang dan hampir ditawan oleh orang-orang gasar (barbarians) yang berasal Gaul (Perancis) yang turun dari sebelah utara Italy. Hakikatnya Rome terpaksa bangkit dan bertindak balas bagi menghadapi ancaman-ancaman ini, di mana jika mereka tidak menghantar angkatan-angkatan perang untuk menawan kawasan-kawasan yang didiami musuh, musuh-musuh ini pula akan datang dan menghancurkan Rome.

Untuk memahami bagaimana sebenarnya perluasan kuasa Rome berlaku, perlu difahami terlebih dulu bahawa seluruh garis waktu yang mewakili perjalanan ketamadunan Rome terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu 1) Kerajaan Rome, 2) Republik Rome dan 3) Empayar Rome.

►Kerajaan Rome [eng: 'Roman Kingdom'] (753 BC—509 BC): Rome sebagai sebuah kerajaan yang ditadbir oleh raja. Bermula ketika Rome diasaskan pada tahun 753 BC oleh dua orang kembar Romus dan Remulus. Adapun cerita mengenai asal usul mereka sebahagian besarnya bersandarkan mitos orang-orang Rome[1]. Ketika penubuhannya, Rome tidak lebih dari sebuah perkampungan kecil yang terletak di tebing sungai Tiber berhampiran pesisiran Barat Italy. Tidak ada apa-apa yang istimewa padanya melainkan segugusan rumah-rumah kampung yang bertampal.

Era kerajaan menyaksikan Rome diperintah oleh seorang pemerintah bergelar raja (king). Ini bermaksud Rome mengamalkan sistem pentadbiran monarki dimana kuasa penuh diperuntukkan kepada seorang individu tunggal, iaitu raja. Raja dalam konteks kerajaan Rome merupakan pemerintah tertinggi Rome yang berkuasa mutlaq, dibantu oleh satu badan penasihat yang digelar 'Senate'. Anggota Senate terdiri dari orang-orang tua yang memimpin setiap pecahan kabilah yang menjadi penduduk asal Rome. Walaubagaimanapun, ketika era kerajaan ini, Senate ini tidak mempunyai peranan yang besar kecuali sebagai badan penasihat yang diseru oleh raja apabila dia ingin membuat keputusan-keputusan penting. Keputusan seorang raja tidak dibantah dan Senate kebiasaannya hanya membenarkannya sahaja.

Namun golongan Senate bakal memegang kuasa besar dalam pentadbiran Rome dan satu peranan yang cukup penting dalam sejarah Rome di masa akan datang, setelah fasa kerajaan berakhir dan Rome memasuki fasa seterusnya, yakni fasa Republik. Hakikatnya, Senate inilah yang telah memainkan peranan dalam melonjakkan Rome ke kemuncak kegemilangannya sebagai kuasa politik dan ketenteraan yang terunggul di Italy dan diseluruh Mediterranean (negara-negara Eropah Barat dan Timur).

Rome mengalami fasa kerajaan selama 250 tahun bermula penubuhannya pada 753 BC hingga 509 BC ketika raja terakhir mereka ditumbangkan bersebabkan salah laku dan kezalimannya. Semenjak itu, orang-orang Rome berikrar untuk menghapuskan monarki dari hidup mereka buat selama-lamanya dan tidak akan membenarkan lagi seorang individu tunggal bergelar 'raja' memegang kuasa untuk memerintah mereka kerana mereka takutkan begitu banyak kezaliman dan kejahatan yang boleh dibuat apabila kuasa penuh diberi kepada seorang individu sahaja.

►Republik Rome [eng: 'Roman Republic'] (509 BC—27 BC): Rome menjadi sebuah kuasa Republik. Setelah raja terakhir mereka ditumbangkan dan fasa kerajaan berakhir, kuasa berpindah kepada golongan Senate yang dahulunya hanya sekadar badan penasihat diraja. Sebagai ganti kepada monarki yang telah ditumbangkan, mereka mencipta satu sistem politik yang mengamalkan pembahagian dan pemisahan kuasa berstuktur, dimana kuasa tidak lagi dipusatkan hanya kepada seorang individu, tapi sebaliknya dibahagikan kepada peranan-peranan yang pelbagai, dipegang oleh individu-individu yang berbeza.

Ketika ini Rome ditadbir oleh sekumpulan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh rakyat bagi menjalankan berbagai urusan seharian kerajaan, dengan dinasihati oleh anggota Senate. Undang-undang dan keputusan-keputusan penting kerajaan seperti pengisytiharan perang dan lain-lain diputuskan oleh perhimpunan-perhimpunan rakyat ('Roman assemblies').

Era Republik merupakan tempoh waktu yang paling aktif dan paling agresif dalam sejarah Rome. Berbagai-bagai konflik luaran berlaku antara Rome dengan kota-kota lain yang mengelilinginya yang membawa kepada kempen-kempen ketenteraan. Kemudian selain itu wujud konflik dalaman yang berlaku antara dua golongan rakyat dari taraf yang berbeza, yakni golongan 'patricians'—golongan aristokratik yang memiliki kekayaan dengan cara memiliki tanah dan satu-satunya golongan rakyat yang diberi hak untuk melibatkan diri dalam urusan politik di peringkat atasan—dan golongan 'plebeians' (atau singkatannya 'plebs')—yang merupakan badan rakyat yang selebihnya (mereka yang bukan dari kalangan 'patricians'), yang tidak diberikan sama sekali sebarang hak untuk melibatkan diri dalam politik.

Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di masa akan datang.


►Empayar Rome [eng: 'Roman Empire'] (27 BC—476 AD): Rome menjadi empayar secara rasminya. Ketika fasa Republik, Rome telah pun memulakan perluasan kuasanya dan diakhiri dengan kejayaannya menawan seluruh daerah di semenanjung tanah Italy serta berbagai kawasan-kawasan penting di Barat dan Timur Eropah. Namun, Rome belum diperintah oleh seorang maharaja (yang bergelar 'caesar' atau 'augustus') untuk dianggap sebagai sebuah kuasa empayar.

Konflik demi konflik dan pergolakan dalaman yang berlaku sepanjang era Republik akhirnya membawa kepada runtuhnya struktur Republik. Pertentangan yang berlaku antara golongan patricians dan plebeians semakin meruncing apabila rakyat awam yang disebut 'plebeians' ini terus menerus menuntut hak mereka dan mencabar kuasa yang dipegang oleh golongan patricians melalui pegawai-pegawai khas yang mereka lantik untuk mewakili mereka, disebut Tribunes of the Plebs, yang diberikan kuasa oleh mereka untuk melindungi golongan plebeians daripada dizalimi oleh golongan patricians dan membatalkan (memveto) arahan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Senate—yang majoritinya didominasi golongan patricians juga.

Kemudian general-general berpengaruh besar seperti Julius Caesar, Crassus dan Pompey berjaya mencari cara untuk membina pengaruh mereka melalui kuasa tentera. Mereka membentuk pasukan tentera peribadi mereka sendiri yang dilatih secara khas oleh mereka dan akan menumpahkan taat setia kepada mereka dan bukannya kepada Senate. Mereka bertindak membuat keputusan sendiri, bersaing sesama sendiri, melanggar peraturan Republik serta mengabaikan arahan Senate. Akibatnya, golongan Senate kehilangan kuasa, struktur Republik menjadi lemah dan akhirnya runtuh akibat perang saudara yang berlaku antara general-general ini.

Sehinggalah seorang general dan ahli politik Rome yang berbakat, Gaius Octavius, berhasil menamatkan perang saudara ini dan mengembalikan keamanan. Bersebabkan kejayaannya, Octavius diangkat sebagai wira dan dilantik sebagai pemerintah agung Rome (the supreme leader of Rome) dan seluruh daerah jajahannya. Beliau dianugerahkan dengan gelaran 'augustus' yang bermaksud 'yang terhormat' dan sekaligus menjadi apa yang disebut dalam bahasa kita sebagai maharaja (eng: 'emperor'). Rome memasuki fasa terakhir dalam sejarah kegemilangannya, iaitu fasa empayar. Perkara ini juga akan dibincangkan kemudian.
____________________________________
[1]. Dikatakan Romus dan Remulus berasal dari keturunan putera Trojan yang bernama Aeneas yang melarikan diri bersama pengikut-pengikutnya setelah perang Trojan berakhir dengan kemusnahan Kota Troy. Kisah mengenai perang Trojan terjadi dalam sejarah orang-orang Greek purba ratusan tahun sebelum penubuhan Rome. Ketamadunan Greek purba berasal usul dari tanah Greece (Greece mainland) di sebelah Timur Eropah. Ia merupakan satu lagi ketamadunan penting yang mempunyai impak yang cukup besar kepada hala tuju dan masa depan Eropah selain ketamadunan Rome.




___________________________
 Ahmad Dailami ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

12 October 2018

KENAPA PERLU LARI DARI SYUBHAT?

Apabila kita berhadapan dengan perkara yg remeh, fikirkan. Adakah perkara remeh ini bakal membawa syubhat? Syubhat ini bukan sahaja melibatkan penerimaan wang. Tapi juga dalam hidupan harian kita.

Ini ialah video yang telah tersebar apabila band rock metalic menyanyikan lagu bergenre keras, lalu menyelitkan selawat ke atas nabi di dalam persembahannya.

Adakah mereka pantas merasakan hal itu halal?

Secara logiknya pastilah tidak. Namun bagaimana mereka pantas mengatakan ia halal dan dibolehkan? Kerana SYUBHAT!

SYUHBAT pertama, apabila adanya pandangan yang menghalalkan muzik.

Syubhat ini diteruskan ke peringkat dua iaitu dibolehkan muzik bersalut selawat.

kemudian Syubhat itu ke peringkat ketiga, iaitu menghalalkan muzik yang tiada selawat tetapi tidak melalaikan dan mesti memberikan nasihat.

Syubhatnya 'upgrade' ke peringkat empat iaitu menghalalkan muzik dengan apa sahaja genre asalkan tidak lalai.

Lalu sampailah ke tahap ini (kelima), halal selawat walaupun bersalut muzik rock, sambil cat muka dengan warna putih-hitam (ala-ala band KISS) dan 'head bangging' sampai melambai di konsert.

Syubhat seteruk di dalam gambar ini bermula, dari syubhat pertama iaitu 'Halal Muzik'.






===================================
Lihat lah bagaimana berhala pertama didirikan. Asalnya dibuat patung sebagai peringatan atau 'memorial statue' terhadap orang soleh. Namun generasi yang terakan datang lah yang menyembah 'memorial statue' itu. Asal syubhatnya ialah, 'Halal ukir benda hidup'.

Syubhat bermula dari perkara remeh. Namun hal remeh itulah yang bakal membesar menjadi mudarat kepada umat.

Oleh itu, kita perlu cakna ke atas syubhat.

Jika ada yang berlembut dengan LGBT, larang!
Jika ada kempen manjakan anjing, larang!
Jika ada ajak minum air halal jenama arak, larang!

Kita takkan sangka sebesar mana ia bakal jangkau!!

___________________________
 Ibnu Tuzah ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

KESULTANAN SAMBAS, PUSAT ILMUAN ISLAM DI BORNEO

Istana Sultan Sambas

Kesultanan Sambas antara kerajaan – kerajaan Melayu yang terletak di Kalimantan Barat, Borneo. Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1671 oleh Sultan Muhammad Shafiuddin I atau dikenali sebagai Raden Sulaiman yang merupakan putera kepada Sultan Tengah atau Sultan Sarawak. Sultan Muhammad Shafiuddin I telah berkahwin dengan Ratu Sapudak yang merupakan keturunan Raja Majapahit dan pemerintah Sambas yang beragama Hindu. 

 Mengenai Sarawak merupakan sebahagian daripada Sambas masih lagi diperdebatkan dikalangan ahli sejarah. Menurut peta Borneo yang dilakar oleh Francis Valentyn, Kuching (Sarawak) pada ketika itu merupakan sebahagian daripada Kesultanan Sambas. Walaubagaimanapun, menurut sumber sejarah rasmi, Sarawak diperintah oleh golongan aristokrat Perabangan yang menjadi wakil kepada Sultan Brunei. 

 Sejarah Kesultanan Sambas bermula apabila Sultan Tengah telah dibunuh di kota Santubong dan meninggalkan pewaris baginda, Raden Sulaiman di Kota Lama, Sambas. Raden Sulaiman amat popular di Kota Lama dikalangan rakyat. Selain itu, Raden Sulaiman juga menyebar dakwah Islam di Sambas bagi meneruskan usaha ayahandanya, Sultan Tengah sehingga Kota Lama menjadi pusat penyebaran agama Islam di Sambas. Walaubagaiamanapun, Raden Sulaiman terpaksa meninggalkan Kota Lama kerana baginda bimbang ancaman keatas dirinya dan keluarganya apabila seorang menterinya dibunuh oleh Pangiran Aryo Mangkurat kerana dengki dengan populariti Raden Sulaiman di Sambas. Raden Sulaiman dan pengikutnya telah meninggalkan Kota Lama dan pergi menuju ke Kota Bangun. Pada mulanya, Raden Sulaiman ingin kembali ke Sarawak dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sarawak. Namun begitu, baginda telah dinasihati oleh Ratu Kesuma Yudha supaya menjadi Sultan di Sambas. Oleh itu, Raden Sulaiman telah ditabalkan sebagai Sultan Sambas yang memakai gelaran Sultan Muhammad Shafiuddin I pada tahun 1631. 

 Selepas 15 tahun memerintah Sambas, Sultan Muhammad Shafiuddin I telah menyerah takhtanya kepada puteranya, Raden Bima sebagai Sultan Sambas dengan memakai gelaran Sultan Muhammad Tajuddin I. Selepas itu, Sultan Muhammad Tajuddin I memindah pusat pemerintahan Sambas ke Muara Ulakkan. Tempat tersebut kekal menjadi pusat pemerintahan sehingga sekarang. 
 Kesultanan Sambas amat terkenal sekali dirantau Alam Melayu dengan menjadi Pusat Ilmuwan Agama Islam. Syeikh Daud Al Fatani, ulama Melayu yang terkenal dari Sambas pernah melawat ke kota Sambas bagi memenuhi jemputan Sultan Sambas, Sultan Muhammad Shaifuddin pada tahun 1820 -an. Di situ juga Syeikh Daud Al Fatani menulis kitab Dhiya Murid.  

 Kesultanan Sambas juga amat makmur dalam kekayaan emas terutama sekali ketika zaman pemerintahan Sultan Umar Akamuddin II (1760-1793). Baginda telah menjemput kaum Cina untuk bekerja sebagai pelombong emas. Walaubagaimanapun, cukai yang dikenakan keatas kaum Cina terlalu tinggi sehingga menyebabkan kaum Cina memberontak. Oleh kerana tiada pilihan, Sultan Umar Akamuddin II terpaksa memohon Belanda untuk menghapuskan pemberontakan kaum Cina. 
Sultan Muhammad Ibrahim Shafiuddin merupakan Sultan Sambas yang berdaulat yang terakhir memerintah Sambas dari tahun 1931 sehingga 1944. Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Jepun telah menakluki Kalimantan. Dalam satu peristiwa yang berdarah iaitu Peristiwa Mandor dimana beberapa kaum Melayu dan Dayak telah menjadi mangsa pembunuhan beramai – ramai oleh tentera Jepun. Beberapa para Sultan Melayu juga turut dibunuh termasuklah Syarif Moehammad Alkadri (Sultan Pontianak), Sultan Muhammad Ibrahim Shafiuddin (Sultan Sambas), dan ramai lagi kerabat diraja Melayu telah menjadi mangsa korban keganasan tentera Jepun.

Sekarang, Kesultanan Sambas terus menjadi institusi adat Melayu Sambas bagi tidak menyelisihi politik di Indonesia dan bukanlah sebuah institusi bersifat politik lagi. Sultan Muda Muhammad Tarhan merupakan Sultan Sambas sekarang yang ditabalkan pada tahun 2008. 


Masjid Sultan Muhammad Shafiuddin II

Rujukan:
1. Andry, Borneo Tribun (June 27, 2008). "Hadirkan Dubes Jepang" Borneo Tribun. Retrieved from: 2. http://peristiwamandor.blogspot.com/2008/06/hadirkan-dubes-jepang-peringati-hbd.html 
3. Al-Fatani, A. F. (2011). Ulama’Patani di Terengganu: Sejarah dan Peranan (Dari Tuan Hassan 4. Besut hingga Haji Abdul Rahman Pombeng). Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan, Malaysia.
5. Risa, R. (2015). ETNIS CINA DI KESULTANAN SAMBAS TAHUN 1760-1854. Khatulistiwa, 5(2).
6. Larsen, I. (2012). The First Sultan of Sarawak and His Links to Brunei and the Sambas Dynasty, 1599–1826: A Little-known Pre-Brooke History. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1-16.



___________________________
~ Haziq Azhar ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .




CARA WANITA BERDAKWAH

Sedia maklum bahawa ulama-ulama Salafi tegas dalam masalah hijab dan ikhtilat. Sebahagian besar daripada mereka mewajibkan niqab dan hampir kesemua melarang wanita bergambar. Di sekolah dan universiti, lelaki perempuan diasingkan. Saya pernah melihat papan tanda di pagar Universiti Ummu al-Qura tertulis "perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali."

Tentu ada yang terfikir, jika mengikut manhaj mereka, bagaimanakah caranya wanita menyampaikan ilmu kepada masyarakat umum? Atau wanita hanya boleh mengajar perempuan sahaja? Jika begitu, tidakkah ini bertentangan dengan amalan wanita-wanita salaf yang mengajar dan meriwayatkan hadis kepada lelaki?

Mungkin boleh saya rumuskan jawapannya melalui pengalaman saya menonton saluran TV yang mengikut manhaj Salafi iaitu Almajd TV dan Al M3ali TV. Setakat ini, saya tidak pernah melihat wanita dalam mana-mana program TV mereka baik selaku pengacara mahupun sebagai tetamu undangan. Kalau ada hanyalah rakaman dari jarak jauh seperti lintas langsung manasik haji.

Namun begitu, wanita tidak disisihkan sama sekali. Jika perlu, wanita juga dijemput untuk memberi ucapan, tetapi melalui panggilan telefon sahaja, tanpa memaparkan gambar mereka. Saya pernah menonton rancangan khusus untuk perempuan dan mereka menghubungi Dr. Amirah al-Sa'idi, salah seorang ulama wanita Arab Saudi untuk memberi pandangan melalui panggilan telefon.

Selain itu, wanita mereka banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu dan dakwah dengan menghasilkan karya ilmiah dan tarbiah. Dr. Amirah al-Sa'idi ini sendiri merupakan penulis tesis yang baik dengan judul al-Qawa'id wa-al-Masa'il al-Hadithiyyah al-Mukhtalaf fi-ha Bayna al-Muhaddithin wa-Ba'd al-Usuliyyin. Di dalamnya beliau menghuraikan secara teliti perbezaan pandangan antara ahli hadis dan ulama usul fiqh tentang masalah-masalah berkaitan ilmu hadis. Tesis ini diterbitkan dan menjadi rujukan ahli ilmu seluruh dunia.

Seperkara yang menarik untuk dikongsikan, dalam ketegasan mereka dalam masalah hijab dan ikhtilat, mereka masih boleh membangunkan laman cari jodoh. Anehnya, tiada gambar sama sekali baik gambar lelaki mahupun perempuan. Sebagai alternatif menggantikan gambar, pengguna wanita dikehendaki menilai diri sendiri sama ada "lulus", "sederhana", "cantik", atau "sangat cantik" dan ramai juga yang mengatakan mereka "sangat cantik."


___________________________
 Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .



BUKTI KEDUSTAAN KISAH SUFI - RABIATUL DI PINANG AL HASAN

Dalam ilmu Rijal, para ulama terkadang membandingkan

- tarikh lahir dan wafat
- tempat kediaman
- keluar masuk sebuah kota

Dari hal ini akan dapat di ketahui apakah sebuah kisah itu benar, apakah rawi itu bertemu dan mendengar serta melihat.

Antara yang sering dijadikan contoh adalah kisah dusta Ibnu Batutah yang tiba di Damsyik lalu berkata bahawa dia melihat Ibnu Taimiyyah di atas Mimbar Masjid Agung Damsyik! Walhal ketika itu Ibnu Taimiyyah sudah di penjara.

Maka bagaimana orang yang punya aqal waras dan punya hati yang mahu mencari kebenaran akan Menyikapi hal kisah Hasan Al Basri meminang kanak2 berumur 10 lantas kanak2 itu menolak sebab "dia lebih cinta kepada Allah dan tidak mahu menikah!".

Al Hasan wafat pada 110H selepas 10 tahun Rabiatul Adawiyah lahir!

Alasan apa lagi diperlukan untuk mengatakan kisah pinangan ini adalah bikinan sufi yang tak keruan serta sesat?



___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

10 October 2018

SULTAN MELAKA MEMANG TELAH MENJANGKAKAN PORTUGIS AKAN MENYERANG

Tome Pires dalam bukunya Suma Oriantal menyebutkan bahawa ketika sampai sahaja Portugis ke Pelabuhan Melaka pada 1509M, Sultan Melaka telah menjemput Deigo Lopez De Squira ke Istana dan bermesyuarat dengan para pembesar Melaka.

Baginda hendak menjatuhkan hukum bunuh. Tetapi ada pembesar yang tidak bersedia dan menolak cadangan sultan atas alasan itu akan menyebabkan Melaka benar-benar berperang dengan Portugis.

Baginda berkata bahawa niat Portugis itu adalah untuk mengintai Melaka dan kelak mereka akan datang menakluk. Baginda juga menyatakan bahawa Portugis dalam rangka usaha menjajah dunia dan menakluk umat Islam bagi menghapuskan agama Nabi Muhammad.

Kisah yang dinyatakan oleh Tome Pires lebih logik berbanding Kisah Portugis di raikan oleh Istana dan kemudian di berikan sebuah tanah untuk mendirikan gudang jualan.

Ini kerana dunia Barat telah mula menjajah negara Umat Islam. Beberapa negara telah jatuh seperti Andalusia dan Goa di India.

Pastilah penaklukan negara Islam ini telah sampai ke Melaka lantaran ia adalah pelabuhan antarabangsa yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa-negara. Hingga Tome Pires menyebutkan terdapat sekitar 84 bahasa dituturkan di Pelabuhan Melaka.

Deigo Le Squeira di halau dari Melaka setelah keputusan persidangan yang tidak mencapai kata putus.

Namun semasa Portugis mula sampai di pelabuhan, mereka telah berkenalan dengan dua orang berpengaruh di Melaka iaitu Utimuraja - Ketua Tentera Upahan Jawa dan Nina Cattu - peniaga dari India yang menetap di Melaka.

Mereka inilah yang berhubung dengan Portugis dan berkhianat kepada Melaka. Daripada mereka inilah kekuatan Melaka dan kelemahan nya di bongkar.

Setelah di halau Portugis pada 1509 maka Sultan mengarahkan pertahanan Melaka di pertingkatkan. Kubu-kubu baru dibina dan bekalan senjata termasuk senjata api di tambah.




___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

BUKTI SHAYKH MUQBIL ITU BUKAN PENGGANAS


Mereka meroyan bila saya minta bukti dari mana-mana kitab Shaykh Muqbil atau dari mana-mana ceramah beliau yang beliau menyeru kepada terrorisme. 

Yang saya dapat hanyalah jawapan-jawapan yang berbentuk falasi atau ad hominem yang tiada nilainya. 

Di sini saya lampirkan sebahagian daripada kata-kata Shaykh Muqbil yang ia adalah sebagai bukti yang menafikan dakwaan-dakwaan mereka.

Di dalam risalahnya yang bertajuk Hadhihi Da'watunā wa 'Aqīdatunā (Inilah Dakwah dan Akidah Kami), beliau berkata:

"Kami tidak berpandangan bahawa bolehnya untuk memberontak terhadap pemerintah kaum Muslimin selama mana mereka masih Islam. Kami tidak berpendapat bahawa perebutan kuasa (coup d'état) adalah sebab bagi kebaikan, bahkan itu adalah sebab kerosakan masyarakat."

Ini jelas menunjukkan bahawa pemikiran beliau berlawanan dengan ideologi yang dibawa oleh golongan extrimis seperti al-Qaeda dan lain-lain. 

Malah beliau juga diketahui sebagai antara ulama yang pertama yang mendedahkan kesesatan kelompok al-Qaeda. 

Demikianlah coretan saya mengenai sosok tubuh ini. Semoga bermanfaat.


Ingin dapatkan kitab Sheikh Muqbil?


___________________________
~ Abdullah Izzat ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________


SYAIKH MUQBIL BIN HADI AL-WADI'I BUKAN PENGGANAS!

Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i bukan pengganas!

Dikhabarkan bahawa dahulu, Syaikh Muqbil -rahimahullah- pernah ditawarkan untuk menjawat jawatan menteri di Yaman lalu beliau menolak dan mengatakan “Kitab-kitab lebih kucintai berbanding jawatan yang kamu beri”. Mengikut akal yang waras, adakah logik kerajaan Yaman ingin melantik pengganas menjadi pemimpin mereka?!

Bawakan sahaja kepada kami mana-mana anak murid Syaikh Muqbil -rahimahullah- yang mengangkat senjata memerangi pemerintah kaum muslimin!

Tiada istilah “Salafi Jihadi”, berhenti kelirukan masyarakat mengaitkan Salafi dengan keganasan yang sering digelar oleh barat.

Al-Qaeda bukan Salafiyyun
DAESH bukan Salafiyyun
J.I bukan Salafiyyun
Boko Haram bukan Salafiyyun
Abu Sayyaf bukan Salafiyyun

حسبنا الله ونعم الوكيل

NOTA: Universiti Darul Hadis di Dammaj telah dimusnahkan oleh Syiah pada hari ini.


Ingin dapatkan kitab Sheikh Muqbil?



___________________________
~ Ustaz Huzaifah Hadis ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________