27 January 2018

PENGERTIAN WALA WAL BARA

Wala wal Bara merupakan dua perkara yang di dalam prinsip seorang Muslim. Memahaminya merupaka suatu kemestian sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari.

Wala bermaksud mencintai atau mengikuti. Di mana sifat ini termasuklah mengikuti atau menyokong tindakan mereka dan juga duduk semeja dengan mereka.

Bara pula bermaksud membenci atau berpaling daripada sesuatu. Berlawanan kepada sifat Wala.

Hukum Wala hanyalah hukum kepada sesama Muslim. Di sini kita melihat bahawa sifat cinta sesama Muslim itu sangat perlu kerana banyaknya dalil yang membincangkan tentangnya. Antara dalilnya ialah,

قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا، وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ، فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام
“Janganlah kalian saling membenci, jangan saling dengki dan iri, dan jangan pula saling memusuhi, jadilah bersaudara sesama hamba Allah, dan tiadalah halal bagi muslim untuk memutus hubungan / memusuhi saudara muslimnya lebih dari tiga hari” 
[ Riwayat Bukhari]

Dalil di atas membuktikan bahawa Wala ialah sangat perlu sesama orang-orang yang beriman.

Hukum Bara pula ialah kepada musuh-musuh Allah SWT yang jelas memerangi agama ini. Malah, kita tidak dibenarkan berwala dengan orang kafir kerana wala hanyalah sifat untuk kita sesama muslim. Hal ini juga berdasarkan dalil, Surah Ali Imran, ayat 28:

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Namun Islam tidak lah pula memutlakkan kebencian keatas seluruh orang kafir. Sejarah membuktikan bahawa Islam lemah ketika berWala dengan orang kafir terutamanya yang mempunyai agenda memusuhi Islam.

Si Kitol ialah bukti awal di Nusantara bahawa bersekutu dengan Portugis yang berniat kolonisasi  hanya akan membawa mudarat. Juga peristiwa kemasukan Jepun  (Jepang) ke Nusantara ialah atas Wala orang Nusantara sendiri kepada mereka yang akhirnya membawa kepada zaman Impirialis Jepun.

Begitu juga musibah di Perang Padri apabila Orang Adat bersekutu dengan Belanda untuk menjatuhkan Orang Padri. Akhirnya, orang kita kalah dan Belanda juga yang menguasai. Era-era kejatuhan Empayar Khilafah Uthmaniah juga bermula dengan Wala nya kerajaan ketika itu dengan Perancis membuatkan syariat Islam di dalam kerajaan mulai terhakis dan diakhiri dengan penghalauan Sultan Abdul Hamid II.

Semua kejatuhan yang berlaku di dalam lembaran sejarah ini berlaku kerana kurangnya kita peka dengan dalil Surah Ali Imran ayat 28 yang telah dilampirkan tadi.


WALA WAL BARA DENGAN PEMIMPIN
Wala kepada pemimpin iala suatu kemestian selagi mana pemimpin itu mengerjakan solat. Rakyat pastilah ada yang akan mengatakan pemimpin mereka tidak mengamalkan Islam dan sebagainya. Namun harus difahami bahawa tidak pernah ada mana-mana pemimpin di zaman ini yang sempurna kepimpinannya. Kita sedang mengahadapi zaman-zaman akhir di mana kita tahu bahawa sangat sukar untuk menemui pemimpin yang 100% dengan syariat Islam.

Cukuplah pemimpin itu solat, maka dia masih dikira sebagai seorang pemimpin Islam dan rakyatnya perlu wala padanya. Rakyat juga memainkan peranan untuk menegur segala kelemahan pemimpin dan tegurlah pemimpin dengan landasan yang betul.





Rakyat tidak boleh menanamkan sifat Bara atau benci kepada pemimpin Muslim. Jika kita tidak setuju dengan pemimpin, maka bersabarlah. Tidak boleh sekali-kali khuruj dan menentang pemimpin. Sabar lah sebagaimana sabarnya para salafussoleh.

 Ibnu Zubair RA juga tidak bersetuju dengan pemerintahan Amirul Mukminin Yazid Bin Muawiyah, namun Ibnu Zubair RA tidak lah berlaku khuruj dan terus bersabar. Sehingga tahap kesabarannya, beliau berpindah ke Hijjaz namun masih mentaati Amirul Mukminin. Sedangkan Ibnu Zubair RA seorang sahabat agung di zaman itu, dan sudah tentulah ramai pengaruhnya berbanding Amirul Mukminin. Namun Ibnu  Zubair RA tidak pernah menentang Amirul Mukminin sehinggalah Amirul Mukminin wafat. Kisah ini juga dituliskan di dalam Al-Bidayah Wan-Nihayah.

Juga telah ditanya kepada Imam Hassan Al-Basri tentang pemerintahan Hajjaj Yusuf Astaqafi yang kejam membunuh para sahabat. Namun Imam Hassan Al-Basri tidak pun mengajak kepada khuruj tetapi hanya meminta untuk bersabar. Sedangkan beliau ialah seorang tabien yang mulia.


BENCANA MENENTANG PEMIMPIN

Lihatlah contoh-contoh negara yang rakyatnya menentang pemimpin. Semuanya akhirnya tidak menjadi lebih baik .

Mesir, Dr Morsi yang memegang tampuk pemerintahan yang sah telah ditentang dan akhirnya kini, tiada kisah lanjut tentang dirinya. Berlaku pergolakan di antara penyokong Dr Morsi dan pemerintahan tentera yang mana hari ini, Presiden Abdul Fatah As-Sisi telah memegang tampuk pemerintahan.


Yaman, pemimpin sebelum ini yang telah tiada jawatan bersekongkol dengan Syiah bagi menentang pemimpin yang sah pada hari ini. Akhirnya yang bersekongkol itu dibunuh oleh Syiah sendiri dan seterusnya membawa kepada penambahan kekuatan pengganas Syiah Houthi. Hari ini, Syiah Houthi membuat serangan demi serangan untuk menyerang Kaabah.



Libya, ada tokoh parti tertentu yang berfatwa halal membunuh Presiden Muammar Gadafi. Akhirnya pembunuhan itu pun berlaku. Pemerintahan Libya pada hari ini tidak pun lebih baik dari pemerintahan Presiden Muammar Gadafi. Malah fatwa halal darah pemimpin ialah fatwa yang batil.




Begitu  juga dengan sejarah-sejarah Nusantara yang dapat kita lihat kejatuhan empayar tertentu ialah kerana ada orang tertentu yang mahu menjatuhkan pemimpin dan kemudian memberi wala kepada kafir barat untuk menjatuhkan pemimpin tersebut.

KESIMPULAN
Fahami benar-benar konsep wala wal bara. Konsep ini konsep yang diajarkan dalam Islam untuk menjadi pedoman kita insyaallah.

Wallahualam
___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________

No comments:

Post a Comment