SULTAN MEHMED II (SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH) DAN MISI PENAKLUKAN ITALI

Setelah kejayaan membuka Konstantinopel, gerakan jihad Sultan Mehmed diteruskan lagi dengan penaklukan Bosnia, Semenanjung Crimeria dan Serbia serta menghadapi konflik dengan Armada Venisia. Bahkan dinyatakan Bahawa tahun 1454 sehingga 1465 merupakan tahun yang sibuk buat Sultan Mehmed II dalam urusan jihad. Prof Ilber Otayli menyatakan penaklukan di Balkan Eropah dari tahun 1461 sehingga 1463 , penaklukan di kawasan ini adalah sama ketika penaklukan Konstantinopel dan bukan kerja yang mudah. Maka disaran pembaca mengkaji kawasan geografi di kawasan itu (Albania dan Bosnia) untuk melihat kebijaksanan Sultan Mehmed II dalam strategi perang. Beliau berkata dalam Discovering The Ottomans " ketika kamu menyaksikan tanah kasar Ionnia , Shkoder dan Bosnia kami pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya keteletian dan kecanggihan strategi keetenteraan Sultan Mehmed II bagi membuka Balkan". Pada tahun 1465, Sultan Mehmed II dikatakan berehat dan mengkaji manuskrip Geographia oleh Saintis Yunani iaitu Ptolemy.

Kehebatan Sultan Mehmed II dalam ketenteraan turut diakui oleh Orientalis bernama John Freely dalam Grand Turk iaitu "Mehmed memerintah 30 tahun. Baginda drngan kekuatan tenteranya memperluaskan sempadan empayar hampir separuh kawasan Anatolia dan sejauh benua eropah seperti Hungary dan Itali. Tiga orang Paus dipanggil menentang baginda dalam perang Salib kerana Kristian Eropah pada masa itu  berhadapan dengan sebuah empayar Islam yang baru. Dihormati oleh orang Turki  dan dilihat sebagai seorang seorang yang kejam oleh Barat (sudah ditulis dalam artikel saya terdahulu, search sahaja benarkah Sultan Mehmed II kejam), Mehmed II adalah seorang pemimpin tentera yang cemerlang dan Renaissance Prince iaitu putera kebangkitan. Istana baginda menempatkan penyair Parsi dan Turki, ahli2 astronomi Arab dan Yunani, ulama dan artis Itali."

Setelah berdamai dengan Venisia pada tahun 1479, dalam perang memakan masa 16 tahun, Sultan Mehmed II mula memasang impian menakluki Itali dan Sultan merancang untuk menyerang Pulau Levkas, Caphalonia dan Zante di Ionia. Kemenangan di pulau ini bakal membuka peluangnya untuk menyerang kerajaan Naples di bawah Raja Ferrante di Itali Selatan. Maka ketika itu, dihantar Gedik Ahmad Pasya bagi menawan Otranto (Taranto) di Itali dan mewujudka jambutan ke Otranto dari Istanbul (Konstantinopel) . Misi ini berjaya dilaksanakan pada 11 ogos tahun 1480. Disampin itu Sultan menghantar Vizier Mesih Pasha untuk menawan Pulau Rhodes dari kesatria  John demi menyedikan laluan bagi Kerajaan Uthmaniyah menawan Kerajaan Mamluk di Syria dan Mesir. Namun usaha ini mengalami kegagalan dan penaklukan Pulau Rhodes hanya berjaya pada Zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566)

Menurut Halil Inalchik setelah jatuhnya Kota Otranto, Sultan Mehmed mengumpul bala tenteranya untuk menawan seluruh Itali. Menurut Beliau juga Pope Sixtus IV di Vatican pada waktu itu lari daripada Rom menuju ke Perancis. Penuduk Rom juga bimbang akan kedatangan tentera Uthmaniyah dari Otranto. Pope memanggil kuasa Kristin di barat untuk membantu mempertahankan Rom dan Itali. Pada musim bunga , tentera Sultan Mehmed II menyeberang dari Rumelia ke Anatolia. Namun Sultan Mehmed II meninggal dunia pada tahun 1481 di tapak perkhemahan ke 2.

Namun terdapat sejarawan Orientalis iaitu Collin Imber menyatakan arah pergerakan sebenar Sultan Mehmed II adalah ke timur bagi melawan kerajaan Mamluk.  Hal ini kerana Sultan Mehmed II tidak memberitahu ke mana arah tujunya mereka sehingga menimbulkan perselisihan dalam kalangan Sejarawan Uthmaniyah dalam menentukan arah tujunya seperti saya tunjukkan pendapat Halil Inalchik dan Collin Imber. Prof Madya Dr. Muhammad Maksodoglu dalam 'Ottoman History Based Mainly On Ottoman Sources' memberikan sebab Sultan Mehmed II merahsiakan arahnya

1. Berpegang kepada Prinsip yang dikatakan oleh Rasulullah SAW " Mohonlah bantuan sesiapa dalam urusanmu dengan rahsia".

2. Supaya serangan kejutan berlaku dan musuh tidak sempat melakukan persiapan.

Meninggalnya Sultan Mehmed II pada usia 52 tahun menyebabkan rancangan ini dibatalkan dan tidak berjaya dilakukan. Stanley Lane Pool berkata dalam Turkey " Sukar menggambarkan apa yang akan berlaku pada  Eropah sekiranya Mehmed II dilanjutkan usia setahun sahaja lagi. Penawanan Otranto pasti diusuli dengan kejatuhan Rom. Kematiannya menyelamatkan Eropah."  John Freely dalam Grand Turk berkata " Sekiranya baginda hidup 20 tahun lagi, sudah pasti tiada lagi Eropah dengan Kristiannya."


___________________________
️~ Ibnu Yaakub ~
_____________________________




Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments