06 August 2018

AKSARA PAPAN TURAI DAN DUNGING (TULISAN IBAN)

Sebenarnya kaum Melayik sudah ada aksara masing-masing, yang terlalu banyak.

Segala aksara ini dikelompokkan dalam kumpulan Aksara Nusantara. Contohnya Suku Melayu memakai Aksara Rencong. Suku Bugis memakai Aksara Lontara, Jawa memakai Aksara Hanacaraka. Begitulah setiap suku Melayik yang lainnya punya tulisan masing-masing.

Sifat Aksara Nusantara lebih kepada jenis abugida atau perwakilan kepada suku kata. Maksudnya satu simbol tulisan akan mewakili satu suku kata.

Cuma apabila Islam masuk ke negeri-negeri Nusantara, maka aksara-aksara ini ditinggalkan lalu kita memakai tulisan Jawi - yang diporpularkan oleh Melaka.

Tentang Tulisan Jawi ini, bila dicipta dan siapa penciptanya, tidaklah kita ketahui.

Kemungkinan ia diambil dari Negara Parsi yang sudah berislam; yang telah mengubah sistem tulisan mereka (kemungkinan Aksara Pahlavi Psalter) kepada pengaruh huruf Hijaiyah.

Artikel berkaitan: Menolak Dakwaan Jawi Ialah Cedokan Tulisan Parsi-Arab

Masyarakat Iban pada suatu masa dahulu memakai Tulisan Papan Turai yang ditulis di atas kepingan papan. Tulisan ini lebih kepada imej corak dan terhad kepada mentera-mentera serta acara ritual. Mentera-mentera ini sangat panjang dan pengucapannya sangat khusus sehingga agak sukar untuk dihafal melainkan perlu dilihat pada tulisan Papan Turai.

Oleh itu, Dr Traude Gavin dari UK yang melakukan kajian terhadap pakaian dan kraf kaum Iban bagi memperoleh ijazah PhD (berhasil diraih pada 1995) berkata tentang masyarakat Iban berdasarkan kewujudan sistem tulisan ini "ini adalah bukti bahawa wujud ketamadunan (pada Kaum Iban" (Iban Ritual Textiles, 2004).

Beliau pernah ditugaskan di Muzium Sarawak pada 1985 hingga 1986 dan kemudiannya pada 1987 hingga 1988 menetap di rumah panjang.

Artikel Berkaitan: Kajian Tentang Bahasa Iban


___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


No comments:

Post a Comment