10 August 2018

KETAHUI METHODOLOGI IMAM DI DALAM KITAB MEREKA SEBELUM MENGHUKUM

Ketahuilah methodologi para imam di dalam kitab mereka sebelum anda menghukum?
Mengetahui methodologi para Imam dalam penulisan kitab-kitab mereka amatlah penting agar kita memahami tujuan dan maksud mereka dan tidak menuduh mereka dengan tuduhan yang tidak sepatutnya dalam agama, seperti perbuatan mengatakan:

"kan hadith ni ada dalam kitab sekian sekian, mustahil lah Imam tu nak masukkan hadith yang salah!"

"hadith ini ada dalam kitab ini, berani kamu kata 'ulama ini taktahu! kamu itu siapa!?"

dan lain-lain perkataan yang keluar daripada mulut mereka yang tidak mengetahui. Moga Allah mengampuni mereka.

Sh. Abd al-Aziz al-Tarifi pernah berkata dalam rakaman syarah beliau ke atas Sunan Ibn Majah al-Qazwini (w. 273H), kata beliau:

مناهج أئمة الحديث في تصنيف كتبهم من الأمور المهمة، وتعرف بطرق:
• أن ينص الإمام على منهجه، كأبي داود في رسالته لأهل مكة.
• من عنوان الكتاب، كالبخاري.
• من كلامه في كتبه الأخرى، كالتاريخ للبخاري.
• من خلال سبر كتابه، والسبر لسان ناطق، لا يسمعه إلا السابر، لا يستطيع أن يسمعه غيره.

Metodologi sekalian para Imam hadith dalam penulisan buku-buku mereka merupakan salah satu perkara yang penting, dan ia diketahui melalui beberapa jalan:

- melalui nas para Imam sendiri (yang menerangkan) manhaj beliau, contohnya seperti Imam Abu Dawud di dalam Risalah beliau kepada ahli Makkah yang berjudul رسالة أبي داود لأهل مكّة في وصف سننه، berkenaan sifat dan kriteria kitab al-Sunan beliau.

- melalui tajuk kitab sendiri, seperti al-Bukhari di dalam al-Sahih beliau yang berjudul الجامع المسند الصّحيح المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيّامه.

- melalui perkataannya sendiri di dalam kitab/tempat yang lain, seperti kitab al-Tarikh oleh al-Bukhari yang beliau sendiri nyatakan sebagai kitab 'Ilal al-Hadith (menerangkan kecacatan hadith) di dalam buku beliau yang berjudul al-Asma wal Kuna.

- melalui sudut kajian yang mendalam (sabr) terhadap keseluruhan isi bukunya, dan perbuatan sabr ini (bakal menatijahkan) suatu berupa lisan - bercakap yang mewakili para Imam (untuk menjelaskan manhaj mereka) -, ia sama sekali tidak "didengari" kecuali al-sabir (orang yang menjalankan perbuatan/kajian ini), yang selain dirinya tidak mampu untuk "mendengarnya".



___________________________
Abu Faruq Al-’Arifi ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

No comments:

Post a Comment