07 August 2018

'PORTABLE CANON' PERTAMA DUNIA CIPTAAN BANGSA MELAYU

Hamka menyebutkan selepas Portugis memenangi perang secara muslihat maka Sultan Islandar Muda mempersiapkan 250 Kapal Perang yang memiliki banyak meriam dan beratus kapal pengangkut yang setiap kapal pengangkut dilengkapi dengan Lela Rentaka.

Lela Rentaka adalah meriam berskala kecil yang "portable", pada hari ini direvolusikan menjadi mortar. Ia adalah senjata api ciptaan bangsa Melayu dan menjadi "meriam mudah alih pertama di dunia".

Tidak diketahui siapa yang mencipta Rentaka tetapi dunia Melayu telah lama menggunakannya sebelum Sultan Iskandar melawan Portugis.

Malah Istinggar yang dirampas oleh Alfonso setelah menawan Melaka sekitar 2000 laras itu telah diakui oleh Alfonso bahawa ia lebih berkualiti dari istinggar mereka dan lebih mudah di guna berbanding istinggar German!

Walaupun pencipta terakol, pemuras dan istinggar tidak di ketahui orangnya namun bangsa Melayu memiliki kemahiran dan ilmu untuk mencipta ketiga-tiga senjata ini malah menjadikannya lebih canggih dari teknologi German.

Di Miri, di sebuah kedai antik, saya melihat sebuah Lela Rentaka di pamerkan atas anak tangga kedai tersebut.


___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________


Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

No comments:

Post a Comment