07 August 2018

WAHABI DAN MAZHAB: CATATAN ABD ALLAH BIN MUHAMMAD BIN ABD WAHAB (1133 H)

“Kami juga dalam masalah furuk (fiqh) berpegang kepada mazhab Imam Ahmad b. Hanbal. Kami tidak mengingkari orang yang bertaqlid kepada mana-mana imam yang empat (tetapi) dan tidak orang lain kerana mazhab orang-orang lain tidak betul seperti mazhab Rafidah, Zaydiyyah, Imamiyyah, dan sebagainya.

Kami juga tidak mengiktiraf/membiarkan mereka menzahirkan sesuatu pun amalan/pegangan daripada mazhab mereka yang rosak bahkan kami memaksa mereka bertaqlid dengan salah satu imam yang empat.”
[Risalah fi Hikayah al-Mubahathah ma’a ‘Ulama’ Makkah fi Haqiqah Da’wah al-Shaykh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab (1421 H); Beirut: Dar al-Lu‘lu’ah; h. 69]


Nota:
Pengakuan Syeikh ‘Abd Allah b. Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab ini menunjukkan bahawa anggapan sesetengah pihak bahawa Syeikh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab dan para pengikutnya menolak amalan bermazhab tidak benar, fitnah, dan dusta semata-mata.

Jika didapati mana-mana golongan yang dinisbahkan kepada mereka menolak mazhab maka perbuatan itu tidak ada kena-mengena dengan Syeikh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab dan pengikutnya.

Tokoh-tokoh agama yang menolak mazhab pula tidak patut dikaitkan dengan Syeikh Muhammad b. 'Abd al-Wahhab kerana menyalahi prinsip asas beragama beliau iaitu menerima tamadhhub.


___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

No comments:

Post a Comment