12 September 2018

MENJAWAB ISU WAN JI: ISU AL-WALA & AL-BARA



Ringkas.

Kelompok yang kelihatan opposed to; against dengan manhaj al-Wala' & al-Bara' ini barangkali mereka tidak membaca al-Fatihah ketika salat. Selama hidup yang kita doakan ialah:

اهدنا الصّراط المستقيم
"(wahai Tuhan) Tunjukilah kami jalan yang lurus (jalan tawhid iaitu agama Islam)." 

صراط الّذين أنعمت عليهم
"Jalan (itu yang telah dilalui oleh) orang yang Engkau telah berikan nikmat kepada mereka (dalam kalangan para utusan-Mu (anbiya'), orang yang membenarkan utusan-Mu (as-siddiqin), yang berjuang di atas jalan-Mu (ash-shuhada'), dan yang baik menuruti arahan-Mu (as-salihin)." 

Ini ialah intisari 'aqidah al-Wala', menyatakan cinta, menzahirkan kesetiaan, menumpukan komitmen bersama jama'ah ahl al-ḥaqq (kebenaran); iaitu kaum Muslimin; Muwahhidin dan Mu'minin.

Seterusnya yang dipohon:

غير المغضوب عليهم
"(wahai Tuhan); bukan jalan orang-orang yang dimurkai (kelompok Yahudiyy dan yang semisal dengan kekufuran mereka dalam kalangan Mulhidin & ahl al-bid'ah; ingkar terhadap kebenaran setelah mengetahuinya)."

ولا الضآلّين
"(wahai Tuhan); bukan juga (jalan) orang-orang yang sesat (kelompok Kristian yang menyeleweng agama tawḥīd kerana melampau dalam kepercayaan & amalan; juga yang semisal dengannya dalam kalangan kaum mushrikin)."

Ini pula ialah intisari 'aqidah al-Bara'; menyatakan perlepasan diri, benci dan ingkar terhadap keshirikan, kekufuran & ma'siyat serta ahlinya dalam kalangan kuffar dan mushrikin.

Mereka berdalih dengan mengatakan "salahtafsir" terhadap 'aqīdah al-Wala' dan al-Bara', ayuh bentangkan kepada kami makna, erti dan konsep al-Wala' & al-Bara' di sisi kalian.

Tambahan lagi, mereka berkata "tafsiran Muhammad b. 'Abd al-Wahhab yang paling berbahaya" (terhadap konsep al-Wala' & al-Bara')

Sepanjang saya menelusuri turath sh. Muhammad b. 'Abd al-Wahhab, tiada yang saya dapati kecuali hanya nukilan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith beserta point ringkas yang tepat berkenaan ayat tersebut secara umum. Tiada tafsiran yang kompleks. Celah mana bahayanya?

Sudah tentu, banyak lagi ayat al-Qur'an bahkan hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan prinsip ini. Exclusivism Islam menatijahkan prinsip 'aqidah ini.

Mereka yang membaca al-Fatihah namun tidak memahami ertinya, ialah seperti ahl al-Kitab dalam kalangan Yahudiyy yang disebut khas oleh Allah di dalam kitab-Nya:

مثل الّذين حمّلوا التّوراة ثمّ لم يحملوها كمثل الحمار يحمل أسفارا
"Perumpaan kelompok yang mempunyai (diberikan kepada mereka) Tawrat kemudian tidak membawanya (dalam hidup mereka; tidak faham & tidak ber'amal dengannya) adalah seperti keldai yang sedang membawa di atas pundaknya buku-buku berjilid yang banyak & sarat." 
[al-Jumu'ah: 5]

Ayat di atas ini merupakan celaan ke atas kaum Yahudiyy. Oleh kerana mereka tidak memahami erti al-Fatihah, mereka pun menurut agama Yahudiyy tanpa mereka sedar, kerana mereka tidak meminta untuk berlindung daripada itu. Faktor? Tiada pemahaman. Apalah gunanya bacaan tanpa komprehensi?

Kelompok ini, pelbagai dawrah usul al-fiqh, maqasid & falsafah Islam yang mereka anjurkan; sedangkan yang mereka benar-benar perlukan hanya dawrah tafsīr surah al-Fatihah dan memahami makna kalimah tawhid.

Kita cabar kepada mereka sekali lagi, untuk bentangkan konsep 'aqidah ini di sisi mereka. Andai mereka berani lah. Kalau mereka berani lah.


Apa itu Wala' dan Bara'??
Baca DI SINI

___________________________
Abu Faruq Al-’Arifi ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

No comments:

Post a Comment