08 September 2018

RIWAYAT SEORANG MUNSYI DAN GURU BAHASA MELAYU KEPADA STAMFORD RAFFLES

Pulau Pinang di awal abad ke 19 berkembang pesat dalam bidang perdagangan,ini mendorong berkembangnya aktiviti tulis menulis terutama surat menyurat pesanan barang dan urusan petadbiran negeri. Peluang pekerjaan ini secara tak langsung membuka ruang gerak yang luas pada aktiviti tulis menulis untuk berkembang, akibatnya lahirlah golongan profesional terdiri dari kerani,setiausaha dan penyalin/jurutulis di sini. Orang2 berkemahiran tulisan jawi dan khat ini digunakan sebaiknya oleh British,mereka adakalanya diminta menyalin manuskript penting dalam bahasa melayu terutama syair2,hikayat dan sejarah tentulah beralasan besar pada kepentingan pribadi penjajah utk mengenal lebih jauh bangsa yang mereka takluki. Kelompok ini juga ada yang menjadi Munysi/penterjemah bahasa kepada pedagang dan pentadbir British

Ketertarikan Stamford Raffles pada khazanah tulis Melayu

Sulalatu's salatin sebuah karya agung dunia sastera Melayu, karya klasik Melayu yang mendunia, disebalik nama besar Stamford Raffles yang telah bersusah payah dengan minat dan usaha untuk mengumpulkn naskah2 lama Melayu, hal ini juga turut mendorong perhatian dan minat yang sama dari sahabatnya John Leyden di tahun 1807 dalam usaha menterjemahkn karya tersebut yang pada ketika itu disebut sebagai Sejarah Melayu(Sulalatus Salatin sebutan Arabnya) dan diperkenalkan oleh Leyden sebagai Malay Annals. Dibalik kejayaan penerbitan Malay Annals ada nama kecil yang tersembunyi seorang Munsyi dari negeri jelapang padi.

Ibrahim anak kelahiran Kedah 1780 merupakan anak paling muda dlm keluarga Hakim Long Fakir Kandu seorang  pedagang keturunan india dari Chulia yang sudah turun temurun menetap di Kedah. Beliau juga adalah adik kepada Ahmad Rijaludin bin Hakim Long Fakir kandu seorang pelopor sasterawan moden Melayu dengan karyanya Hikayat Perintah Negeri Benggala tahun 1811 yang mana kini tersimpan di British Library,London. Semasa hayat beliau, Ibrahim pernah berkhidmat sebagai guru bahasa,penterjemah dan jurutulis kepada Stamford Raffles.

 Tentang perananannya itu moleklah jika kita mengambil langsung kisah yang di ceritakan oleh Annabel Gallop seorang pengkaji manuskrip yang tertarik pada seni ukiran naskah dan kurator koleksi Asia Tenggara, di British Library(1994:156). Ibrahim  yang secara kebetulan telah dibawa ke Benggala oleh John Leyden yang merupakan sahabat T.S.Raffles. Pada 15 september 1810,Ibrahim dibawa kerumah Gobenor General di Calcutta dan berkesempatan menuangkan pengalamanya dalam sebuah naskah tetapi sayangnya naskah asli tersebut sudah tidak dapat dikesan lagi,namun masih tersisa sebuah naskah terjemahan dalam bahasa Inggeris oleh Leyden (Graham 1812: 187-203). Menurut Gallop tugas utama Ibrahim adalah sebagai penulis surat rasmi dalam bahasa melayu untuk Raffles dan orang lain yang terlibat dengan urusan SHTI( Syarikat Hindia Timur Inggeris).

Ibrahim juga ditugaskn untuk membuat salinan surat2 Melayu yang akan disimpan di arkib SHTI dan untuk mencatatkn dan menyimpan naksah Melayu Yang diarahkan oleh Raffles antaranya Hikayat Silambari (1806) dan Hikayat Parang Puting (1806) . Selain itu beliau juga menyalin manuskrip2 yakni Undang Laut Melaka dan Undang2 Melaka pada tahun 1810. Manuskrip yang disalin di Pulau Pinang untuk Stamford Raffles kini tersimpan di Royal Asiatic Society,London.

Gallop dalam ungkapanya :
Technically almost flawless,it is nonetheless completely a typical for a Malay manuscript,with countless features that set it apart from other illuminated Malay books,.. The scribe was therefore familiar with Malay,Arabic and Persian,and may have been of indian descent

Sumber 
1: Masyarakat Pulau Pinang Dalam Arus Sejarah (USM)
        2: Annabel Gallop, British Library
        3: yayasankaryawan





___________________________
 La Bougiez ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

No comments:

Post a Comment