11 September 2018

SEJARAH MATA WANG KERTAS

[Mukaddimah]
Berikut adalah ulangan kepada isu wang kertas yang telah disinggung beberapa tahun dahulu dan diberi tambahan tentang sejarah wang kertas.

Sebenarnya wujud dua pandangan dari para ulama dalam masalah wang emas dan perak.

i. Materi wang hanya sah dengan emas dan perak.

ii. Materi wang boleh sahaja terdiri dari sebarang benda asalkan ia diwartakan oleh kerajaan.

[Konsikuensi Fatwa]
Pandangan pertama (i) hanya dianut oleh minoriti ulama, antara yang berpendapat sebegitu adalah Ibn Qudamah, Al Maqrizi dan Al Ghazali.

Pada hari ini, muncul kembali gesaan untuk mengikuti fatwa ini oleh banyak pendakwah. Paling terkenal adalah dari Garakan Sedunia  Murabitun yang digerakkan oleh Abdalqadir As Sufi, mursyid kepada tariqat Darqawiyyah.

Ada dua murid beliau yang paling terkenal iaitu Prof Madya Yasin Dutton dan Prof Umar Ibrahim Vadillo yang mana beliau terlibat dengan program Dinar Kelantan.

Fatwa yang mengharamkan segala bahan untuk dijadikan wang melainkan emas dan perak menatijahkan:

(1) Wang dari bahan selain emas dan perak adalah haram dan tidak dianggap sebagai 'wang'. Termasuk di dalamnya adalah wang dari timah dan tembaga.

(2) Segala transaksi menggunakan wang fiat seperti nota kertas yang dipakai oleh seluruh dunia pada hari ini adalah tidak sah lalu terbatal.

(3) Segala harta yang dimiliki dari transaksi wang fiat adalah bukan milik si pembeli.

(4) Lalu Zakat Mal tidak dapat dikeluarkan dan tidak dapat dikutip, atas alasan diatas: pemilikan tidak sah. Begitu juga dengan wang simpanan tidak boleh dikenakan zakat lantaran ia bukanlah 'wang yang sebenarnya yang diiktiraf agama'.

Manakala pandangan kedua (ii) merupakan pendapat jumhur dan ia dipakai oleh kesemua negara Islam pada hari ini. Antara ulama yang zaman silam yang mengambil pendapat ini adalah Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah, Ibn Hazm dan banyak lagi.


[Awal Mula Wang Kertas]
Hari ini seluruh dunia menggunakan wang kertas atau diistilahkan sebagai sistem Wang Fiat, iaitu sistem mata wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang negara.

Dikatakan nota kertas mula dipakai di China pada masa pemerintahan Maharaja Xianzong (bertahta dari 805 - 820M) yang merupakan pemerintah ke 9 Dinasti Tang. Ketika itu negara Tang kekurangan duit tembaga didalam pasaran lalu kerajaan mencita 'suratcara boleh niaga' Feiqian (wang terbang) atau nama lainnya Bianhuan (pertukaran mudah). Suratcara boleh niaga Feiqian ini kemudiannya banyak dipakai oleh golongan bangsawan dan para pedagang.

Khabarnya nota Feiqian ini diinspirasikan dari sistem Hawala yang telah dipakai oleh kerajaan Arab Islam sejak kurun ke 8M lagi. Pedagang Arab-Islam menggunakan sistem ini disepanjang 'Laluan Sutera Darat'.

Pada zaman Dinasti Song berkuasa, para pedagang di kota Sichuan telah mencita wang kertas pertama dengan istilah Jiaozi bagi menggantikan wang logam.

Wang ini dicetak kedua-dua muka dengan dakwat merah dan hitam, dengan nombor siri, dinyatakan nama bank yang terbitkan, dibubuh meterai serta corak dekoratif yang piawai. Wang Jiaozi ini diiktiraf oleh pemerintah tempatan.

Namun kemudian terjadi beberapa kes muflis sehingga Kerajaan Song campur tangan dan mengambil alih pengurusan mata wang Jiaozi. Pada tahun 1023M, kerajaan Song menerbitkan wang Jiaozi secara rasmi yang kemudiannya ditukar nama menjadi Qianyin.

'Nota janji hutang' Guanzi dikeluarkan oleh kerajaan Song Selatan (istilah yang dipakai untuk merujuk Dinasti Song sesudah tahun 1127M dimana wilayah negara tersebut telah mengecil) untuk bayaran gaji para tentera dimana mereka dapat menukarkannya kepada duit siling.

Pada tahun 1160M pula Dinasti Song Selatan menerbitkan wang kertas Huizi sehingga wang Huizi menjadi wang yang utama di samping Jiaozi, Qianyin dan Guanzi.


[Fikh Ekonomi Umar Al Khattab]
Namun menurut Dr Jaribah Al Haritsi, Khalifah Umar (berkuasa 634 - 644M) telah menghasilkan 'nota janji' atau dapat dikatakan sebagai sistem cek pertama di dunia. Nota janji ini diberi kepada pegawai kerajaan sebagai bayaran gaji.

Dr Jaribah juga menjelaskan adanya keinginan Umar untuk mencipta wang dirham rasmi Negara Islam Madinah dari kulit unta ketika wujudnya keragaman bentuk dirham, perbezaan timbangannya dan banyaknya kecurangan di dalamnya (seperti ditambah logam lain ketika proses penciptaan). Namun hasrat beliau ditolak oleh para sahabat setelah memikirkan tentang kelangsungan unta. Sahabat berujar: "jika demikian, unta akan habis (pupus)".

Dengan demikian, hasrat Umar serta cara penolakan sabahat atas cadangan menantu Nabi ini membawa kepada kesimpulan bahawa wang fiat tidak haram serta sah diguna apabila negara memetapkan berdasar undang-undang.

Juga kemungkinan sistem Hawala yang telah disebutkan sebelum ini telah diinspirasikan dari 'nota janji' yang dicipta oleh Umar Al Khattab.



___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keteran

No comments:

Post a Comment