MENGAPA AZ ZUHLI MEMBENCI AL BUKHARI?

Apakah perasaan kita apabila menerima sobekan kain buruk yang tertulis di atasnya sebuah khabar menggunakan tinta merah darah dari jari yang luka?

Yang menulis kepada kita adalah Sahabat kita yang kita cintai dan bergandingan dengannya satu masa dahulu!

Menangis lah Muhammad Az Zuhli ketika membaca pesan yang sampai kepadanya dari lubang tikus penjara Bawah tanah dari Mesir.

Surat dari kain sobekan baju murid Imam As Syafie merentas jauh sampai ke tempatnya yang sudah hampir ke Rusia.

Tinta tulisan dari darah Imam Al Buwaiti kerana dia tidak punya apa-apa untuk menulis melainkan darahnya sahaja.

Menangis lah Muhammad Az Zuhli dan seluruh muridnya! Kebenciannya kepada Mu'tazilah tidak pernah padam malah membuak-buak setelah Al Buwaiti menghembus detak nafas terakhir dalam jerejak besi tanpa cahaya: zulmat gelap.

Tempiasnya adalah kepada muridnya sendiri, murid Muhammad Az Zuhli: Imam Al Bukhari ketika ada orang yang dengki.

Dengan hasutan manusia keji, Az Zuhli terpedaya lalu menganggap muridnya itu telah beriman bahawa Al Quran adalah makhluk!

Keyakinan Batil yang mengingatkan dia pada sobekan kain berdarah!

Demi tuhan, Imam AL Bukhari tidak mengikuti aqidah itu, cuma fitnah menyambar seperti petir.

Sungguh Muhammad Az Zuhli adalah imam yang membenci bid'ah namun dia bukan maksum. Yang maksum hanya Nabi.

Orang yang disekitatnya menggiring dia untuk menggunakan kebencian nya atas mu'tazilah untuk menyingkirkan Al Bukhari, lalu Az Zuhli pun terpedaya.


___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments