SULTAN MELAKA MEMANG TELAH MENJANGKAKAN PORTUGIS AKAN MENYERANG

Tome Pires dalam bukunya Suma Oriantal menyebutkan bahawa ketika sampai sahaja Portugis ke Pelabuhan Melaka pada 1509M, Sultan Melaka telah menjemput Deigo Lopez De Squira ke Istana dan bermesyuarat dengan para pembesar Melaka.

Baginda hendak menjatuhkan hukum bunuh. Tetapi ada pembesar yang tidak bersedia dan menolak cadangan sultan atas alasan itu akan menyebabkan Melaka benar-benar berperang dengan Portugis.

Baginda berkata bahawa niat Portugis itu adalah untuk mengintai Melaka dan kelak mereka akan datang menakluk. Baginda juga menyatakan bahawa Portugis dalam rangka usaha menjajah dunia dan menakluk umat Islam bagi menghapuskan agama Nabi Muhammad.

Kisah yang dinyatakan oleh Tome Pires lebih logik berbanding Kisah Portugis di raikan oleh Istana dan kemudian di berikan sebuah tanah untuk mendirikan gudang jualan.

Ini kerana dunia Barat telah mula menjajah negara Umat Islam. Beberapa negara telah jatuh seperti Andalusia dan Goa di India.

Pastilah penaklukan negara Islam ini telah sampai ke Melaka lantaran ia adalah pelabuhan antarabangsa yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa-negara. Hingga Tome Pires menyebutkan terdapat sekitar 84 bahasa dituturkan di Pelabuhan Melaka.

Deigo Le Squeira di halau dari Melaka setelah keputusan persidangan yang tidak mencapai kata putus.

Namun semasa Portugis mula sampai di pelabuhan, mereka telah berkenalan dengan dua orang berpengaruh di Melaka iaitu Utimuraja - Ketua Tentera Upahan Jawa dan Nina Cattu - peniaga dari India yang menetap di Melaka.

Mereka inilah yang berhubung dengan Portugis dan berkhianat kepada Melaka. Daripada mereka inilah kekuatan Melaka dan kelemahan nya di bongkar.

Setelah di halau Portugis pada 1509 maka Sultan mengarahkan pertahanan Melaka di pertingkatkan. Kubu-kubu baru dibina dan bekalan senjata termasuk senjata api di tambah.




___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________





Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments