AKIDAH

Maka di dalam segmen ini kami akan memperbincangkan bab Akidah. Kita wajib mempercayai bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan hanya Dia lah yang layak disembah. Tidak ada yang serupa bagiNya dan tidak ada sekutu. Tidak beranak dan tidak juga diperanakkan. Seperti mana di dalam Surah Al-Ikhlas,

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤

1. Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”


Antara kaedah dalam memahami konsep tauhid ini ialah seperti konsep berikut,

1. *Rububiyah* :  Beriktiqad dan yakin bahawa Allah SWT itu esa, pencipta, pemelihara dan tuhan semester alam. (Pengakuan melalui hati)

2. *Uluhiyah* : Hanya menyembah kepada Allah SWT dan sentiasa taat kepadaNya.
(Pengakuan melalui perbuatan)

3. *Asma' Wa Sifat* : Mengesakan Allah SWT melalui nama-namaNya yang sahih daripada Al-Quran. (Asmaul Husna)

Allah itu ada padanya 99 nama. Hal ini berdasarkan hadis,

"Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai (bilangan) yang ganjil."
 [Riwayat Imam Bukhari]


Seterusnya sebagai seorang Muslim, kita haruslah mementingkan hal Khauf Dan Rajak.
Khauf dan Raja' merupakan dua perkara penting di dalah akidah kita. Tahukah kamu apa Khauf dan Raja' itu?

♦️Khauf :-
Khauf dari segi bahasa bermaksud takut. Dari segi istilah, Khauf ialah perasaan takut kepada Allah SWT. Ia merangkumi takut akan laknat dan azab-azab daripada Allah SWT.

♦️Raja' :-
Raja' dari segi bahasa bermaksud harapan. Dari segi istilah, Raja' ialah pengharapan kepada Allah SWT. Ia merangkumi perasaan kita ketika mengharapkan belas dan berkat Allah SWT. Juga ketika kita mengharapkan ganjaran-ganjaran pahala.

Seseorang Muslim PERLU lah mempunyai kedua-dua sifat ini bagi membentuk iman yg sejahtera.

Kita juga terikat dengan dua rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.
RUKUN ISLAM

RUKUN IMAN


Islam juga menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama. Hal ini daripada dalil,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan pemimpin-pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
 [Surah An-Nisaa, 4: 59]

Setelah itu barulah kita mencari Ijma Para Sahabat dan Qias..


Maka sebagai Muslim, kita mestilah berpegang pada akidah sahih dan tetap dengan akidah ini. Janganlah sekali-kali memesongkan ataupun terpengaruh dengan pemesongan akidah. 

Antara kesesatan dalam akidah adalah seperti ajaran berikut.


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Salam ukhwah dari Ampang.. Semoga blog saudara ni terus aktif dgn maklumat dan panduan utk dikongsi bersama para pencinta dan pejuang Sunnah Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam.. Semoga bermanafaat kpd umat Islam keseluruhannya.. Semoga dpt bangkit bersama mempertahankan dan mengamalkan Sunnah Baginda Rasul Allah yg sebenarnya.. in shaa Allah... Lama cari dan berharap adanya saudara2 Kita yg bangunkan blog spt ni.. Sy antara org awam yg baru nak belajar Sunnah Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam yg benar mengikut pandangan para ulama Salaf dan ulama hadis.. Alhamdulillah .. Semoga saudara diberi kesihatan yg baik oleh Allah utk meneruskan perjuangan menyampaikan Risalah Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam.. In shaa Allah .. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. Terima kasih atas komen yg membina. insyaallah kami akan terus memperbaiki apa yg kurang dari masa ke semasa. Insyaallah kita sama-sama mampu berjuang ke jalan Allah SWT. Barakallahu fik

      Delete